Monday, March 21, 2011

JANGAN SAMPAI KAYA YANG MEMBINASAKKAN

Pencaci dan Pengkeji
Surah al Humazah telah memberi kita peringatan tentang bahaya bagi pencaci dan pengeji yang mengumpul harta dan menghitung-hitung kekayaannya.
“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam ‘Al-Hutamah’.”  Surah Al-Humazah: 1-4

Dilalaikan oleh Harta Benda, Anak-Pinak, Pangkat dan Pengaruh
“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!” Surah Al-Takassur: 1-3

Manusia Tidak Bersyukur dan Sangat Sayang Harta (Secara Haloba)
“Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya. Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian; Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba). (Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur? Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada? Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka – pada hari itu.” Surah Al-‘Aadiat: 6-11

Harta Tidak Dapat Menolong Pada Hari Akhirat
“Dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (ke dalam azab seksa hari akhirat)? Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah). Dan sesungguhnya Kamilah yang menguasai hari akhirat dan alam dunia.”  Al-Lail: 11-13

Bermegah-Megah Dengan Harta
“Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu? (Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)? Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?”  Al-Balad: 7-10

Manusia yang Tidak Menghargai Kebesaran Allah
“Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya.)” Nuh: 12-13

Ada Di Antara Anak dan Isteri yang Menjadi Musuh
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. Al-Taghabun: 14-16

Perniagaan yang Terlebih Baik
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn'. Itulah kemenangan yang besar.”   Al-Saff: 10-12

Beriman Kepada Allah
“Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar. Al-Hadid: 7

Gila Harta Benda dan Pangkat

“Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).  Yaasin: 9
Membelanja Harta Kepada Perkara Hiburan yang Melalaikan
“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan. Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seoleh-oleh ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.”  Luqman: 6-7

Apa Disisi Allah Adalah Kekal
“Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?” Al-Qasas: 60

Syurga Dekat Bagi Orang Takwa
“Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun; Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa. As-Su’araa’: 88-90

Harta Kekayaan tidak Dapat Menolong
“Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku; Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku. Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun; Kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku.” (Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): “Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia; Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim; Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)! Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar.” Al-Haqqa: 26-34

Manusia Yang Dikasihi Dan Dibenci Oleh Nabi s.a.w.
Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh Rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan baginda di hari kiamat nanti. Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhirat kelak. Islam juga melarang umatnya bersifat membangga diri dan memandang rendah serta menghina orang lain tetapi hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri demi menjaga hati dan perasaan orang lain.

Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah: “Orang yang takbur.” H.R. at-Tarmizi

Keras Kepala, Sombong dan Suka Mengumpul Harta Tetapi Tidak Suka Membelanjakannya untuk Kebaikan
Keras kepala (degil) adalah sifat orang yang tidak mahu menerima kebenaran. Begitu juga orang yang tamak pada harta dan tidak suka membelanjakan harta untuk kebaikan kerana sombong, mereka ini tergolong sebagai ahli neraka. Harta merupakan amanah Allah kepada menusia oleh itu ia hendaklah dibelanjakan untuk diri, keluarga dan orang-orang yang di bawah tanggungan serta memberi bantuan kepada orang yang memerlukannya dengan cara yang diredhai oleh Allah. Islam amat melarang umatnya bersifat dengan sifat-sifat yang tercela, seperti sombong, takbur, riak, keras kepala, suka tamak dan sebagainya kerana semua sifat-sifat ini boleh menyeret seseorang itu ke dalam neraka.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bukankah aku telah memberitahu kamu tentang ahli-ahli neraka? Mereka itu ialah orang-orang yang keras kepala, sombong, suka mengumpul harta tetapi tidak suka membelanjakannya untuk kebaikan.” H.R. Bukhari dan Muslim

Ketamakan Manusia
Manusia secara semulajadinya bersifat tamak dan dengki terhadap kelebihan orang lain. Kedua-dua sifat ini membawa kerugian kerana ia akan melahirkan individu yang tidak bersyukur sehingga hubungan dalam masyarakat menjadi rosak akibat daripada berlakunya pergaduhan dan persengketaan sesama sendiri. Selaku umat Islam kita dituntut untuk sentiasa bersyukur kepada Allah kerana dengan bersyukur hati kita akan tenang dan redo di samping mempercayai bahawa rezeki itu terletak di tangan Tuhan. Kita wajib berusaha sedangkan yang menentukannya adalah Allah s.w.t. Bahkan Allah telah berjanji bahawa rezeki orang yang bersyukur akan ditambah sebaliknya pula bagi orang kufur (tidak bersyukur). Lawan kepada sikap tamak itu adalah bersikap sederhana iaitu menolak keterlaluan di mana kita dituntut agar bersederhana dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan dan sebagainya tetapi mestilah menyeimbangkannya terutama dalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat.

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.” H.R. Ahmad

Cinta Kepada Dunia
Islam melarang mengumpul harta terlalu banyak untuk kepentingan diri sendiri. Sebaliknya ia digalakkan membelanjakannya untuk kebajikan semoga mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Islam tidak melarang umatnya cintakan dunia dan mencari harta kekayaan yang banyak, asalkan harta-harta tersebut didapati dari unsur-unsur yang halal dan dibelanjakan untuk pembangunan ummah. Dan tidak hanya untuk disimpan sahaja. Umat Islam hendaklah sentiasa bersabar didalam menghadapi segala cubaan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Serta berusaha untuk mengatasinya dari masa kesemasa.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya sahabat-sahabat kita yang telah lalu telah pun meninggal dunia Allah tidak mengurangi martabat mereka dengan sebab cintanya kepada dunia, dan sesungguhnya kita juga memperolehi harta yang banyak, tidak ada tempat untuk menyimpannya melainkan didalam Tanah. Kalaulah tidak kerana Nabi s.a.w. Telah melarang kita dari berdoa untuk mati, nescaya aku akan berdoa dengannya”. Kemudian kami datang kepada baginda disuatu ketika yang lain, sedang pada masa itu beliau sedang membina dinding, lalu Baginda pun bersabda, “Sesungguhnya seseorang muslim itu akan diberi pahala pada setiap perkara yang dibelanjakannya melainkan pada benda yang disimpannya dalam tanah, kerana melebihi dari keperluan.” H.R. Bukhari dan Muslim

Dunia Dan Wanita
Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a., dari nabi s.a.w. sabdanya:”Sesungguhnya dunia itu manis. Dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekelian. Kemudian Allah menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu). Kerana itu takutilah dunia dan takutilah wanita), kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israel adalah wanita.” H.R. Abu Sa’id al-Kudri

Orang yang Pentingkan Dunia
Jujur dan telus adalah sifat yang datang dari dalam jiwa insan yang beriman. Orang-orang yang selalu mementingkan dirinya tidak akan memikirkan kepentingan orang lain sebaliknya akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan hajatnya tercapai. Dalam hal ini kehidupan kita bukanlah bersandarkan kehendak hawa nafsu tetapi ia perlu kepada semangat kekitaan dan kasih sayang yang mengenepikan segala unsur peribadi yang menjadikan seseorang itu lupa diri dan lupa saudara. Seharusnya apa sahaja yang dilakukan hendaklah bermula dari niat yang betul dan ikhlas. Kedua-dua sifat tersebut menentukan sejauhmanakah kita bepegang pada prinsip walaupun di akhirnya kita terpaksa berkorban.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).” H.R. Muslim

 http://www.frekuensikaya.com/

CARILAH REZEKI SEPERTI DIKEHENDAKI ALLAH

Dalam mencari rezeki dan kekayaan, ada ketikanya kita lupa untuk menyemak sama ada cara kita itu betul atau tidak berpandukan al-Quran dan Sunnah. Ini kerana, maklumlah kita telah diperintah oleh British sejak beratus tahun, dan kalau nak di kira dari pemerintahan Portugis sudah lebih 500 tahun, jadi unsur-unsur yang bukan Islam itu telah menjadi darah daging. Idea dan dasar Machiaveli iaitu “Matlamat menghalalkan cara” masih menjadi ikutan kita. Kita rasa bangga berpegang pada Tsun Tze Art or War iaitu seni berperang - asalkan menang. Tak kita sedari bahawa perkara itu adalah bertentangan dengan Islam dan, tubuh dan anggota kita akan disoal di depan Allah Rabbul Jalil di Padang Mahsyar.
Banyak hadis-hadis yang menerangkan tentang halal-haram dan syarat syarat untuk mencari rezeki yang diberkati dan diredhai Allah. Untuk mengetahui lebih terperinci bukalah http://rahsiarezeki.wordpress.com/  Berikut ini diberikan beberapa ayat dan hadis yang menerangkan tentang bagaimana mencari rezeki seperti yang di kehendaki Allah. 

Meninggalkan yang Dilarang dan Berhati-Hati dalam Perkara Syubhat. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak sampai seseorang hamba keperingkat golongan orang-orang bertaqwa, sehinggalah ia tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan sentiasa berhati-hati daripada melakukan perkara-perkara yang menimbulkan keraguan (perkara-perkara syubhat).” H.R. at-Tarmizi
http://www.frekuensikaya.com/

BERSEDEKAHLAH

Bersedekah secara fiziknya  menyebabkan kita berasa kaya. Itulah kelebihan bersedekah yang kita tidak perasan atau sedar kerana kebanyakan kita berasa bahawa manfaat bersedekah ialah hanya untuk mendapat pahala di akhirat. Apabila kita berasa kaya dan berasa lebih senang daripada orang lain, itu lah “kekayaan” sebenarnya. Untuk lebih mendalam mengenai kelebihan bersedekah bukalah http://rahsiasedekah.wordpress.com/  Perasaan kaya ini sebenarnya satu langkah untuk menuju kekayaan berdasarkan Undang-undang Daya Penarik (Law of Attraction.)

Berikut ini diberikan beberapa hadis dan ayat al-Quran yang menyentuh tentang kelebihan bersedekah:

Bersedekah Membawa Keberkatan Dan Kemuliaan
Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud: “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya.” H.R. Muslim

Banyak Cara Untuk Bersedekah Dari Abu Dzar r.a. katanya: “Beberapa orang sahabat Nabi s.a.w. pernah berkata kepada beliau,: “Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka.” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makruf dan nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah.” Mereka bertanya:”Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala.” H.R. Bukhari

Pemberian Allah Kepada Kita Adalah Menurut Sebanyak Mana yang Kita Beri Kepada Orang MiskinAllah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai manusia, perbendaharaan-Ku tidak akan habis selama-lamanya. Sebanyak mana engkau memberi, sebanyak itulah yang Ku-beri untukmu; sejauh mana engkau tahan, sejauh itulah pula yang Ku-tahan daripadamu. Kekikiranmu memberi bantuan kepada orang-orang miskin daripada harta yang Ku-Kurniakan kepadamu, adalah kerana engkau berburuk sangka terhadap-Ku dan kerana engkau takut menjadi miskin atau kerana engkau tidak percaya kepada-Ku.”
“Kerana, sesungguhnya Ku-jadikan engkau sejak semula mempunyai keinginan yang besar akan harta. Kerana itulah Aku telah memberimu harta. Sekarang, patutlah engkau tidak kikir dan bakhil membagikan hartamu itu kepada hamba-hamba-Ku; Aku telah pun menjamin gantinya, dan menjanjikan balasannya.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan

Berbelanja Untuk Keluarga Adalah Paling Besar PahalanyaBersusah payah memberi kesenangan kepada isteri dan berkorban mencari nafkah untuk anak-anak akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah s.w.t. Bahkan dikira suatu dosa besar sekiranya seorang suami atau ketua keluarga itu enggan memberi nafkah dan bakhil terhadap isteri dan anak-anaknya sedangkan ia mampu berbuat demikian. Nafkah adalah lebih daripada hanya peruntukan makanan bahkan yang dimaksudkan dengan nafkah adalah memberikan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, pendidikan dan perkara-perkara yang munasabah bagi kehidupan seseorang anggota keluarga. Keluarga yang bahagia akan terbentuk sekiranya setiap ahli keluarga memainkan peranan masing-masing. Keberkatan jua akan melimpah sekiranya setiap tanggungjawab itu dilakukan dengan mengambilkira kedudukan halal dan haramnya. Tidak semata-mata ingin mengecap kesenangan dengan jalan yang mudah sehingga akhirnya membawa padah kepada keluarga dan merosakkan rumahtangga.

Memberi nafkah kepada keluarga adalah perkara yang paling besar manfaatnya berbanding memerdekakan hamba atau sedekah kepada fakir miskin. Untuk membolehkan kita memberi nafkah, kita terlebih dulu perlu mempunyai sesuatu untuk disedekahkan. Ringkasnya kita perlu mempunyai sumber pendapatan atau kekayaan untuk disedekahkan.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang maksudnya: “Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar yang engkau gunakan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada fakir miskin, satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, yang paling besar pahala ganjarannya ialah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu” H.R. Muslim
http://www.frekuensikaya.com/

Tulis Dan Senaraikan Hajat Anda

Bagaimana kita boleh mencetuskan imaginasi yang cemerlang? Antara waktu yang paling baik untuk mencapai imaginasi yang cemerlang ialah ketika kita membaca, menulis dan belajar. Imaginasi kita subur melalui 3 kegiatan ini. Bacalah apa yang anda minati dan suburkan minda anda kerana membaca akan meluaskan imaginasi kita, bukan sahaja ilmu. Amalkan selalu sebagai aktiviti harian, atau sekurang-kurangnya mingguan anda supaya lebih tepat imaginasi anda, lebih cepat anda mencapai hasrat dan cita-cita. Tapi awas, GUNAKAN UNTUK PERKARA KEBAIKAN SAHAJA.
Satu rahsia yang boleh diamalkan ialah dengan menulis di atas sekeping kertas dan meletakkannya di tempat yang anda mudah membacanya. Senaraikan hajat anda, atau cita-cita anda. Contohnya dalam masa 2 bulan anda ingin membuka restoran. Setelah anda senaraikan, letakkan di tempat yang mudah dibaca dan baca setiap hari. Dengan cara ini minda anda dapat merakamnya dengan sangat cemerlang dan “meregister” perkara itu di dalam kotak fikiran/minda anda.

Selepas anda menyiapkan senarai hajat anda itu, tetapkan hajat anda itu agar tidak berubah lagi. Kemudian imaginasikan atau bayangkan perkara yang anda hajatkan. Contohnya jika anda ingin membuka restoran 4 bintang, bayangkan anda melayan pelanggan, mengira wang jualan, tetamu mengambil tempat duduk, dan pekerja-pekerja anda gembira dalam menjalankan tugas mereka… seterusnya.. seterusnya. Lakukan dengan “Yakin Anda Mencapainya
http://www.frekuensikaya.com/

Visualisasi dan Imaginasi

Visialisasi dan Imaginasi ialah satu kaedah yang cepat dan singkat untuk mencapai citi-cita. Bidang in sebenarnya telah diterokai beratus-ratus tahun dahulu oleh orang yang terkenal dalam bidang ini seperti Prentice Mulford (1834-1891), Wallace Wattles (1860-1911), Genevieve Behrend (1881-1960), Napoleon Hill, Norman Vincent Peale, Jose Silva dan lain-lain.

Ramai daipada kita melakukan kesilapan dengan membayangkan berlakunya yang buruk dalam kehidupan kita. Yang selalu membuat kesilapan ini ialah agen insurans kerana mereka selalu datang kepada kita menyatakan akan berlaku mala petaka seperti kemalangan, kesusahan, kebakaran, keputusan wang pada satu hari nanti dan jika tidak mempunyai perlindungan, kita akan susah. Memang kita perlu bersedia sentiasa tetapi janganlah dibesar besarkan perkara yang tidak kita ingini itu kerana ini mengundang yang kita sebut itu untuk datang (berdasarkan Law of Attraction.) Mulai dari hari ini fikirkan yang baik sahaja, InsyaAllah yang baik itu akan datang kepada anda. Ingatlah: What You Think is What You Get (WYTWYG.)

Untuk cemerlang dan mencapai kejayaan, kita mestilah membuang semua unsur negatif dalam minda dan fikiran kita. Ia digelar juga unsur mazmumah yang tercela dan keji seperti hasad dengki, suka mengumpat, menghina, tinggi diri, angkuh, bongkak, ria’, bangga pada diri (ujub), sifat ingin dipuji dan sebagainya. Senarai ini akan menjadi beratus-ratus. Anda fikir lah sendiri. Buang ia dari sifat anda dalam tindak tanduk seharian. Buang sifat itu kerana Islam sendiri telah banyak memberi amaran kepada kita supaya tidak mengumpat, tidak sombong, tidak mengambil hak orang dsb.

Setelah membuang semua sifat dan sikap negatif itu barulah anda boleh menanamkan agenda positif dalam diri dan fikiran anda. Barulah mudah dan tidak berlawanan dengan apa yang anda inginkan. Sebagai contoh anda ingin mencapai impian sebagai pelajar terbaik kajian Kejuruteraan dalam setiap semester. Mana mungkin anda boleh mencapai sekiranya jiwa anda masih berselaput dengan kata-kata yang negatif keluar dari minda anda bahawa anda pelajar yang lemah, tiada dorongan, latarbelakang keluarga yang berfikiran mundur, rendah diri dan sebagainya.

Ramai daripada kita yang menghabiskan masa yang terlalu banyak mengimaginasikan perkara yang kita tidak mahu. Apabila kita bertengkar, otak kita dirangsang untuk mencari kesalahan pihak lawan. Ramai daripada kita yang lebih suka membuat complain, rungutan,  melepaskan perasaan tidak berpuas hati, melontar kesana dan kemari, berdemonstrasi, merusuh, melakukan vandalisme dsb daripada berbincang dan bertukar-tukar idea. Apabila kita melakukan perkara yang negatif sedemikian, otak kita akan terus mencari jawapan, mencari helah dsb untuk memenangi pihak lawan tanpa rasional asalkan menang. Apabila ini berlaku, otak kita telah disalah-gunakan dan seseorang itu juga tidak dapat mencapai kejayaan yang gemilang kerana dia sentiasa mengimaginasikan benda yang negatif di dalam mindanya seperti bertengkar, membaling batu dan sebagainya.

Sepatutnya otak kita dilahirkan untuk mencipta idea-idea yang cemerlang, yang kreatif yang inovatif dan mencari penyelesaian kepada masalah hidup, menjernihkan hubungan silaturrahim dan persaudaraan.
http://www.frekuensikaya.com/

Fungsi Dan Kajian Terhadap Otak

Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisis maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak mengingati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.
Otak merupakan pusat kawalan bagi sistem saraf tunjang yang bertanggungjawab bagi kelakuan dan tindakan. Otak terletak di kepala, dilindungi oleh tengkorak dan hampir dengan perkakasan deria bagi penglihatan, pendengaran, keseimbangan, rasa dan bau. Rangkaian saraf pada otak adalah amat kompleks.
Otak merupakan organ pemproses maklumat pusat badan. Ia terkandung dalam kepala melalui saraf kranial, dan berhubung dengan saraf tunjang, yang menduduki badan melalui saraf belakang (spinal nerve). Otak merupakan pusat akal dan minda, yang merangkumi komponen seperti kognisi, persepsi, tumpuan fikiran (attention), ingatan dan emosi.
Otak juga bertanggungjawab bagi mengawal postur dan pergerakan. Ia membolehkan kognitif, pergerakan dan bentuk lain pembelajaran. Otak mampu melaksanakan beberapa fungsi secara automatik, tanpa memerlukan kesedaran, seperti menyelaras sistem deria (contoh: pengawalan saraf (sensory gating) dan pengabungan pelbagai deria, berjalan, dan fungsi badan homeostatis seperti tekanan darah, kawalan seimbangan cecair  dan menyelaras suhu badan. Serebelum mengawal keseimbangan dan pergerakan. Tanpanya, pergerakan tidak dapat diselaraskan.
Otak melalui peralihan dari sedar (jaga) kepada tidur (dan subjenis bagi keadaan ini). Peralihan keadaan amat penting bagi fungsi otak yang betul. Setiap keadaan otak dikaitkan dengan ciri-ciri frekuensi otak.
Neuron adalah aktiviti sel otak yang memproses maklumat. Kajian mengenai otak dikenali sebagai neurosains, bidang biologi yang bertujuan memahami fungsi otak pada semua tahap, daipada molekul sehingga psikologi. Terdapat juga cabang psikologi yang menumpu pada anatomi dan fisiologi otak, dikenali sebagai biological psychology. Kajian bidang ini menumpu pada setiap bahagian individu otak dan bagaimana ia mempengaruhi tingkah-laku.
Pertimbangan pertama mengenai bidang psikologi datang daripada ahli falsafah purba, seperti Aristotle. Ini diikuti oleh pakar psikologi zaman pertengahan seperti Alhazen dan dan Ibnu Sina.

http://www.frekuensikaya.com/

Akal, Otak, Hati dan Nafsu

Ketamadunan sesuatu bangsa diukur daripada kemajuan berfikir dan ilmu umat atau bangsa tersebut. Ia diukur dari banyak segi, sama ada dari segi sains dan teknologi, bahasa, sejarah, peradaban (akhlak), pemerintahan dan sebagainya. Otak memainkan peranan yang penting selain sumber kekayaan negara dan apa yang dianugerahkan kepada penduduk sesuatu tempat. Otak adalah anugerah Allah kepada manusia yang paling berharga dan ia adalah ciptaan yang paling hebat (sebaik-baik kejadian). Otak digembleng dan dikawal oleh hati iaitu seketul daging yang terdapat di dalam dada. Diri manusia terbahagi kepada dua unsur iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual - termasuklah akal (diproses oleh otak), nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, prilaku dan sikap seseorang dipengaruhi oleh hati. Hati dan perasaan haruslah dijaga dari sifat-sifat yang merosakkan (mazmumah). Ia hendaklah dipandu ke arah jalan yang betul berdasarkan ajaran Islam yang sebenar. Jika tidak, hati akan dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti hasad dengki, tamak, pemarah, riya’ dan sebagainya. Maka untuk membersihkan hati yang kotor hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” H.R. Bukhari dan Muslim
Nabi menyuruh kita berfikir dan menggunakan akal kita untuk  menyampaikan kepada ma'rifat Allah, Nabi s.a.w bersabda: “Fikirkanlah mengenai segala nikmat Allah dan pemberian-Nya dan janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah." H.R. Ibn Umar r.a

Dalam sejarah manusia, telah berlaku angkara manusia-manusia yang angkuh seperti Firaun dan Karun dan telah mendustakan para Rasul iaitu Pesuruh Allah sedangkan kekayaan, kepandaian dan kekuatan mereka tidak sampai sepersepuluh (1/10 %) pun daripada umat-umat sebelum mereka. Akhirnya akibat keangkuhan itulah yang telah memusnahkan mereka.
“Dan (ketahuilah bahawa) umat-umat yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul-rasulnya), sedang mereka (yang mendustakanmu) itu tidak mencapai satu persepuluh (dari kekayaan, kepandaian dan kekuatan) yang Kami beri kepada umat-umat yang terdahulu itu; setelah umat-umat itu mendustakan Rasul-rasulKu (mereka pun dibinasakan). Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanKu (menimpa mereka).”
Surah Al-Saba’: 46
Pengajaran daripada ayat ini ialah bahawa, akal (otak) hendaklah dipandu oleh hati yang bersih, yang tunduk kepada Allah dan tidak angkuh kepada suruhan Allah. Akal yang tidak dipandu oleh wahyu dan roh Islam akan membawa kepada kesesatan dan kemusnahan.
http://www.frekuensikaya.com/

Sunday, March 20, 2011

OTAK ORANG KAYA DAN OTAK ORANG MISKIN.

Tahukah anda bahawa kehidupan seharian antara orang kaya dan miskin sangat-sangat jauh bezanya? Di dalam otak manusia terdapat 10 trillion synaps yang diciptakan Allah untuk memimpinnya setiap nano saat pergerakannya. Otak mampu menjalankan perkara yang amat rumit. Sebagai contoh, otak manusia mengandungi sekitar 10 ke 15 bilion sel neuron, setiap satunya bersambung dengan neuron yang lain.
SubhanAllah, Maha Suci Allah menjadikan otak kita begitu unik, begitu hebat dan sempurna. Tahukah bahawa Allah menjadikan kejadian manusia ini begitu sempurna dan sebaik-baik kejadian. Manusia juga diberi kelebihan yang melebihi makhluk-makhluk Allah yang lain. Firman Allah, “Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak Adam, Kami angkat mereka di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan. Al-Israk: 70

Kalau dikatakan “kelebihan yang sempurna”, sungguh hebat manusia itu sebagai sebaik-baik kejadian. Kita sendiri lihat otak manusia lebih hebat dari superpower computer, alat megatronics kerana alat itu perlu dikawal oleh manusia dan tak boleh berjalan sendiri. Manusia juga lebih hebat dari engine V8, lebih hebat dari stemcell transplant, lebih hebat dari program Java, satelit dan lebih hebat dari apa-apa sahaja yang telah dicipta oleh manusia kerana manusia mencipta sesuatu menggunakan otak. Sedangkan otak dicipta oleh Allah s.w.t. Semestinya otak itu lebih hebat dari apa yang dicipta oleh otak.
 
Begitu juga kalau dibandingkan dengan kehidupan lain yang Allah jadikan, tak sehebat manusia. Ada binatang pandai mencari makanan sendiri tetapi tinggal di dalam hutan. Ada binatang yang boleh bermanja dengan manusia seperti kucing tetapi tidak pandai bercakap seperti manusia. Ada binatang yang pandai memanjat tetapi takut dengan manusia dan makanannya di ambil di mana mana pokok tetapi dia tidak pandai mencipta makanan atau mencipta resepi seperti manusia. Manusia boleh mengayuh basikal, dan ada chimpanzee yang dilatih mengayuh basikal tetapi tidak tahu membaikpulih basikal yang rosak. Otak manusia yang dilatih boleh membuat pertunjukan akrobatik, melayang-layang di udara, berpusing-pusing dan melakukan pelbagai aksi stunt.

Hebat-hebat otak, tetapi tahukah anda bahawa manusia menggunakan hanya beberapa peratus (%) kecil sahaja daripada kehebatan otak. Dikatakan, hanya 2-5 % sahaja. Einstein, ahli fizik yang hebat itu pun menggunakan beberapa peratus kecil sahaja (tak lebih 10%) daripada keupayaan otaknya. Sebenarnya otak boleh digunakan dengan begitu dahsyat sekali yang menghairankan orang yang tidak melatih otaknya untuk sesuatu tujuan. Tahukah anda, apa sahaja yang kita lakukan setiap hari, secara bersungguh-sungguh dan secara konsisten, secara iltizam, anda akan mendapat ilmu yang lebih yang tidak diperolehi oleh orang lain. Apa saja, InsyaAllah (selagi Allah mengizinkan). Contohnya seorang yang belajar computer hari-hari, satu hari dia akan menjadi pakar (expert) walaupun sebelum itu dia buta komputer.

Seorang tukang kasut, kalau hari-hari dia membaiki kasut, berilah apa jenis kasut pun dia boleh membaikinya. Begitu juga orang yang suka bermain bola dan dilatih sejak kecil dan memberikan sepenuh tumpuan, InsyaAllah satu hari nanti dia akan menjadi pemain professional yang digeruni jika dia betul betul melakukannya tanpa hirau akan kesusahan-kesusahan yang bakal dilaluinya. Contohnya Ratu Squasy Negara, Dato’ Nicol David yang bermula pada awal usianya 5 tahun; pada masa itu beliau sangat kecil yang mana raket skuasynya lebih besar daripada beliau dan beliau tidak ada kekuatan untuk mengangkatnya. Pada usia 8 tahun, Nicol mula memandang serius pada skuasy, berlatih dengan tetap dan bermain di dalam pertandingan skuasy sehingga menjadi pemain terbaik dunia pada waktu ini.

Saya suka menonton pertunjukan akrobatik/pemain gimnastik dari China, anda tentu kagum bagaimana mereka boleh berputar-putar di udara, melambung-lambungkan berpuluh-puluh pinggan sekaligus dan menyusun diatas kepada mereka, hinggakan tiada yang jatuh atau pecah. Mereka boleh melakukan lebih dari itu dan  kadang-kadang kita tak percaya aksi itu mampu dilakukan oleh manusia.

Berbalik kepada pokok perbincangan mengenai topik ini, sebenarnya, daripada otak itu sendiri boleh dikenali sama ada seseorang itu kaya atau tidak. Walaupun tidak ada lagi kaedah saintifik yang dapat mengenali orang kaya atau miskin, tetapi saya yakin, satu hari nanti akan ada saintis yang mencipta alat untuk mengesan perbezaan sel otak orang kaya dan sel otak orang miskin seperti mana kita boleh kesan seseorang itu mempunyai pertalian keluarga melalui DNA. Ini kerana sel otak terdapat pelbagai bentuk dan sel-sel ini membentuk idea, pemikiran, pandangan, pergaulan, budibicara, dan sebutlah apa sahaja semuanya di proses melalui otak terlebih dahulu. Jika otak itu hebat maka Penciptanya lebih Maha Hebat lagi.(Maha Pencipta.)
Berpuluh-puluh tahun dahulu DNA adalah dianggap mustahil, begitu juga sebelum Presiden John F. Kennedy mengarahkan penerokaan ke angkasa lepas, pergi ke bulan adalah dianggap mustahil. Ada beratus-ratus lagi perkara yang dianggap mustahil tetapi pada hari ini telah menjadi kenyataan bahawa ia boleh dilakukan. Antara perkara yang orang dahulu anggap mustahil ialah bercakap dengan orang yang berada di benua lain (telefon), handphone, jantung palsu menggunakan bateri, kapal selam, melihat sel yang berjuta-juta kali halusnya (microscope), dan sebagainya.
 
Ini secara jelas telah disebut oleh Allah s.w.t di dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud:
'Kamu (wahai umat Muhammad ) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)'. Ali Imran: 110
http://www.frekuensikaya.com/

TIAP SESUATU BERMULA DENGAN NIAT.

Ingin tahu cara untuk mencapai tujuan anda secara terancang? Ikuti panduan berikut: Catatkan apa yang anda mahukan. Senaraikan. Niatkan bahawa anda ingin mencapai apa hajat anda. Ini adalah berhubungan dengan  psikologi - ANDA AKAN MENDAPATKAN APA YANG ANDA FOKUSKAN.  Jelaskan matlamat anda. Fokuskan matlamat yang terpenting. Apa yang anda catatkan itu akan menjadi niat atau matlamat anda – supaya anda tidak lari dari tujuan utama anda.
Ingatlah, apa yang anda catatkan sebagai niat anda, ia sebenarnya merangsang saraf dan sel otak dan ingatan anda, menjadi impian anda yang dan merupakan panduan bagi anda untuk bertindak. Otak anda hebat. Ingat. Berbillion sel dalam otak anda akan memandu anda untuk mencapai tujuan yang anda hajatkan dan niatkan.

Untuk Manfaat Seluruh Alam
Apabila anda membaca buku ini, niat kena lah betul. Kalau niat anda tak betul, sia-sia sahajalah perbuatan anda. Setiap amal seseorang adalah di kira daripada niatnya. Sekiranya niatnya betul, maka betullah perjalanannya. Dalam hal ini, niat anda untuk kaya mestilah betul dan waspada sekali.
Apa salahnya jika anda niatkan kaya untuk manfaat seluruh alam, untuk kebaikan keluarga anda, masyarakat taman anda, negeri anda dan seluruh dunia? Selagi kaya anda, selagi banyak anda boleh sumbangkan untuk kebaikan sejagat, lagi banyak anda boleh berderma, berfisabilillah, berjihad dan bantu-membantu sesama anda. Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda bahawa “Tiap sesuatu bermula dengan niat...”

Setiap Amalan Bergantung Dengan Niat
Peranan niat adalah amat penting dalam kehidupan manusia, kerana niat menentukan segala galanya sama ada jujur atau tidak jujurnya, sama ada ikhlas atau tidak iklas seseorang itu atau sebagainya, semuanya bergantung dengan niat.
Ulama’ kaum muslimin meletakkan niat itu sebagai rukun pertama dalam semua ibadat. Bahkan untuk membedakan antara ibadat dengan adat hanyalah dengan niat. Jika niatnya baik, baiklah amalannya dan begitulah seterusnya.
Sesuatu perbuatan adat jika diniatkan mengikut tuntunan dan keredaan Allah dan Rasulullah maka ia berubah menjadi ibadat dan mendapat pahala.
Penghijrahan manusia dari satu tempat kesatu tempat dari satu tugas kesuatu tugas. Dari satu hajat kesuatu hajat semuanya akan dilaksanakan mengikut apa yang diniatkan.
Rasulullah s.a.w. Bersabda yang maksudnya. “Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya.” H.R. Bukhari dan Muslim

Allah Memandang Kepada Niat Seseorang
Dalam melakukan sesuatu perkara, setiap dari kita mempunyai niat yang tersendiri yang berbeza-beza walaupun perlakuannya sama. Maksud niat di sini adalah tujuan sesuatu perkara dilakukan iaitu sejauh mana keikhlasannya kerana tidak dikatakan ikhlas sekiranya ada maksud tersurat di sebalik sesuatu perlakuan yang bukan kerana Allah. Lawan ikhlas adalah ria’ iaitu membuat sesuatu kebaikan dengan tujuan (niat) untuk menunjuk-nunjuk (mengampu atau membodek).  Seorang yang ikhlas dalam kerjanya akan melaksanakan kerja yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh tanpa mempedulikan pujian atau cacian.
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.” H.R. Muslim
http://www.frekuensikaya.com/

AKU ADALAH MENURUT SANGKAAN HAMBAKU TERHADAP KU

Berbaik Sangka dan Buruk Sangka
Hadis Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.” H.R. Abu Hurairah

Menyebut yang Baik Sahaja
Dari Ummi Salamah katanya: Rasulullah s.a.w. telah masuk menziarahi Abu Salamah sedang mata Abu Salamah terbuka, lalu Nabi s.a.w menutupnya, kemudian Baginda bersabda: "Sesungguhnya roh apabila ia diambil oleh Malaikat akan diturut oleh pandangan mata (si mati itu)"; (mendengar yang demikian) sebahagian dari keluarganya riuh rendah (menangis dan menyebut-nyebut kemalangan yang mendukacitakan mereka), lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu menyebut-nyebut perkara-perkara yang buruk yang merosakkan kamu, tetapi sebutlah perkara-perkara yang baik, kerana Malaikat memohon supaya Tuhan kabulkan apa yang kamu katakan - baik atau buruk", kemudian Baginda s.a.w. berdoa dengan sabdanya: "Ya Tuhanku! Ampunkanlah dosa Abu Salamah dan tinggikanlah darjatnya bersama orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk, dan jadilah sebagai gantinya untuk mengurus dan melindungi keluarganya yang ditinggalkan, dan ampunkanlah bagi kami dan baginya Ya Rabbal alamin, dan lapangkanlah kuburnya serta berilah kepadanya cahaya yang menerangi kuburnya." H.R. Ummi Salamah
Jauhi Sangkaan Buruk
Allah swt mengingatkan :-        ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا اجْتَÙ†ِبُوا ÙƒَØ«ِيرًا Ù…ِّÙ†َ الظَّÙ†ِّ Ø¥ِÙ†َّ بَعْضَ الظَّÙ†ِّ Ø¥ِØ«ْÙ…ٌ
Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." Surah al-Hujurat: 12

Jangan Mengutuk Makhluk Lain
Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai sekalian manusia, janganlah kemu mengutuk makhluk yang lain, kerana kutukan itu akan kembali kepada diri kamu.” Hadis Qudsi dari Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan

Mengubah Apa yang Ada Pada Diri Anda

Sesuatu yang dinamik dan tidak statik bererti ia bergerak, berubah, menyesuaikan diri dan sentiasa berjuang untuk mencapai tahap yang lebih baik. Begitu juga manusia yang dijadikan Allah sebagai makhluk teristimewa, yang perlu mengubah sesuatu pada dirinya jadi hebat, mulia, lebih beriman dan mencapai apa juga tahap kebaikan. Dari segi sains jika sel yang terdapat pada badan seseorang itu mati, bererti matilah bahagian tersebut dan jika tidak ada penumbuhan sel yang baru maka bahagian tersebut akan lumpuh, atau jika kulit, ia akan menjadi kulit yang kusam dan tidak nampak cantik seperti mana pada kulit yang tumbuh sel baru.
Manusia tidak seharusnya berpuas hati apabila mencapai tahap yang tertentu dan tidak melakukan apa-apa selepas itu. Kita disuruh berhijrah, mencari penemuan yang baru, mencapai tahap yang lebih gemilang untuk faedah seluruh manusia dan masyarakat di sekelilingnya. Jika kita berpeluk tubuh sahaja dan tidak berusaha menambah apa yang ada pada diri kita seperti ilmu, usaha, ikhtiar, amalan dsb, maka jangan diharap orang lain akan melakukannya atau sesiapa sahaja akan melakukannya untuk diri anda. Kitalah yang perlu menggerakkan tulang empat kerat kita untuk mencapai sesuatu.
Allah s.w.t. telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.” Ar-Ra’d: 11
Allah telah berfirman bahawa nasib sesuatu umat tidak akan berubah melainkan mereka sendiri berusaha untuk mengubahnya. Oleh itu umat Islam hari ini perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kehidupan mereka dan maruah mereka kerana sesungguhnya hanya orang yang bijak dan tegas dalam mempertahankan agama Allah serta beriman dan beramal soleh sahaja yang berhak mendapat pertolongan Allah s.w.t. dalam menghadapi ancaman musuh.
Ubahlah diri anda dengan mengubah minda, pemikiran anda, menambah ilmu anda, mencari idea baru dengan melihat negara dan tempat lain, berjalan, mencari peluang, membersih diri dengan berzikir, beruzlah, bermujahadah, bermuhasabah (self introspective) dan sebagainya. Jangan sempitkan diri anda dengan perkara-perkara yang negatif termasuk melakukan dosa-dosa sama ada dosa kecil atau besar. Ia juga akan menjerumuskan seseorang ke lembah yang hina atau yang tidak diredai Allah.
http://www.frekuensikaya.com/

Risau Terhadap Rezeki.. Tetapi Tidak Risau Terhadap Kejahilan dalam Agama.

Banyak orang risau pasal rezeki. Sebenarnya rezeki itu adalah urusan Allah. Apa yang kita perlu lakukan ialah lakukan perintah Allah dan tinggalkan apa yang dilarangNya. Allah Pasti Memberi Rezeki dan Kekayaan yang Melimpah Ruah sebagaimana firman Allah “Jika mereka itu tetap berada di atas jalan Allah, pasti Allah akan memberikan kepada mereka itu rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah.” Surah Jin: 16
Ingatlah Allah maha kaya dan Dia memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Banyak orang risau apa yang nak jadi kepadanya anaknya jika tiada harta tetapi tidak ramai yang risau jika anaknya kurang ilmu agama atau jahil dalam agama. Tidak yakinkah mereka akan jaminan Allah seperti yang tersebut dalam al-Quran seperti tersebut di atas?
http://www.frekuensikaya.com/

Kaya Harta Dan Kaya Ilmu

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. katanya: “Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda: ”Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.” H.R Bukhari

Perumpamaan orang yang kaya harta dan membelanjakan atau menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya. 
http://www.frekuensikaya.com/

Kekayaan yang Sebenar ialah Kaya Jiwa.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa.” H.R Bukhari.

Hadis di atas merupakan panduan bagi kita untuk mengemudi hidup kita agar tidak menumpukan semata-mata kepada kekayaan dan kebendaan kerana yang lebih penting daripada itu ialah kaya jiwa. Kaya jiwa ini menuntut kepada kita untuk memperbaiki akhlak, sifat mulia, pemurah dan membantu orang miskin.

Qarun di zaman Nabi Musa a.s adalah contoh manusia yang kufur dan angkuh dengan kekayaan yang dimilikinya. Dia bersikap bakhil dan boros pada perkara-perkara yang haram sedangkan Islam memerintahkan kita agar bersederhana dalam membelanjakan harta di samping mengeluarkan zakat yang difardhukan. Harta yang dibekukan dan tidak dibelanjakan di tempat yang halal adalah termasuk dalam konteks membazir kerana tiada manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Contohnya tanah yang terbiar tanpa diusahakan.

Sesungguhnya kekayaan harta dan usaha untuk mendapatkan harta tidak menjadi halangan di dalam Islam selama mana seseorang itu berusaha dan bekerja dengan cara yang halal dan menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Harta Benda dan Anak-Pinak Orang Kafir Tidak Dapat Menyelamatkan Mereka Dari Azab Api Neraka
“Sebenarnya harta benda orang-orang kafir, dan juga anak-pinak mereka tidak sekali-kali akan menyelamatkan mereka dari (azab seksa) Allah sedikit juapun; dan mereka itulah bahan bakaran api neraka. (Keadaan orang-orang kafir itu) sama seperti keadaan kaum Firaun, dan orang-orang yang terdahulu dari mereka; mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha berat azab seksaNya.    Ali-Imran: 10-11

Allah Menimpakan Penyakit dan Kekurangan Rezeki Untuk Mengampunkan DosaRasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu! Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia (mematikan) seseorang - yang Aku hendak mengampunkan dosanya sehingga Aku sempurnakan balasan tiap-tiap kesalahan yang ditanggungnya, dengan ditimpakan penyakit pada badannya, dan kekurangan pada rezekinya." H.R. Anas r.a.
http://www.frekuensikaya.com/

Beramal Sebelum Datang Tujuh Perkara

Umat Islam dilarang menangguh-nangguh dan berlambat-lambatkan amal ibadat yang diamanahkan kepada mereka. Kekayaan dan kemiskinan tidak menghalang seseorang itu menambah amalan untuk beribadat kepada Allah kerana kekayaan dan kemiskinanan merupakan satu dari ujian kehidupan. Terdapat setengah golongan yang menjadi sibuk dan leka dengan kekayaan dan ada pula menjadi kufur disebabkan hidup menjadi fakir.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara: Adakah kamu semua menunggu sehingga menjadi fakir yang melalaikan diri kamu semua, atau pun kekayaan yang menjadikan diri kamu curang, atau sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan, atau tua yang menjadi nyanyuk, atau mati dengan tiba-tiba, atau pun kedatangan pengaruh dajjal yang ianya adalah seburuk-buruk makhluk yang tidak dapat dilihat yang memang dinanti-nanti kedatangannya, ataupun datangnya hari qiamat pada hal hari qiamat itu adalah hari yang paling dahsyat bencananya serta pahit pula penderitaannya.” H.R. At-Tarmizi
http://www.frekuensikaya.com/

Orang yang Mencari Harta Dunia Secara Halal

Sesungguhnya Allah s.w.t. amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri. Dengan cara ini seseorang itu dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain. Rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” H.R. At-Tabrani
http://www.frekuensikaya.com/

Al-QURAN DAN HADIS YANG MENYENTUH TENTANG HARTA DAN KEKAYAAN

Apabila disebut Miskin, tiada siapa yang ingin miskin kecuali Nabi-Nabi sahaja kerana kezuhudan mereka. Sebagai manusia biasa, kita semua ingin kaya. Walau bagaimanapun, Kaya atau miskin, ada baik dan buruknya. Seorang mungkin dilahirkan miskin tetapi, di sisi Allah, beliau baik kerana akhirnya dengan kemiskinan seseorang itu, ia membuka jalan atau  mendorong beliau untuk ke syurga. Dengan kemiskinan juga seseorang itu diberi pahala yang berlipat ganda. Begitu juga dengan kesusahan, seseorang itu dihapuskan dosa-dosanya yang tidak dapat dihapuskan dengan jalan lain. Atau seseorang itu dinaikkan darjatnya di sisi Allah dan ditempakan di kalangan orang yang terpuji kerana diberi pahala atas kesusahan-kesusahan yang dilaluinya.

Kaya pun ada baiknya. Seseorang kaya yang rajin bersedekah, rajin membantu orang dengan wang ringgitnya, rajin berderma dan membina masjid, contohnya, maka dia akan diterima amalannya oleh Allah dan digolongkan sebagai orang yang pemurah. Dengan kekayaannya juga dia rajjin memberi makan kepada orang miskin, berzakat dan membiayaai orang untuk mengerjakan haji, yang mana amalan-amalan itu mungkin tidak dapat dilakukan oleh orang miskin.

Sebaliknya, miskin juga mungkin menjadi sebab untuk berlaku kekufuran (nauzubillah) dan dimurkai Allah atas kesombongan anda, akhlak yang buruk dan sebagainya. Dengan miskin, pakaian yang compang-camping, ia menyusahkan anda beribadat, apa lagi untuk memberi nafkhah dan berzakat, sebaliknya menjadi peminta sedekah. Bagi yang kaya, kalau tak berhati-hati, mungkin menjadi kikir, sayang kan harta, cintai dunia, sombong dan sebagainya seperti Qarun. Dengan ini amalan akan tertolak.


Maka secara kesimpulannya, segala-galanya terletak di hati, tangan, pancaindera, fikiran, perbuatan, niat dan ilmu di dada anda. Yang lebih besar dari itu ialah taufiq dan hidayah dari Allah. Pintalah taufiq dan hidayah dari Allah, moga Allah merestui anda dan mendorongkan anda kearah kebaikan. Berikut ini dipetik ayat dari Al-Quran mengenai kaya, miskin, harta dan kekayaan sebagai renungan dan agar kita dapat menilai dan melihat hikmah Allah menjadikan sesuatu seperti yang dikehendaki-Nya:

Manusia dijadikan ada Kaya, ada Miskin Sebagai Rahmat Allah.“Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan”.    Az-Zukhruf: 32
http://www.frekuensikaya.com/

Jangan Jadi Miskin Yang Tidak Dipandang Oleh Allah

Allah s.w.t. amat benci kepada tiga golongan manusia, iaitu orang tua yang masih tidak meninggalkan perbuatan zina, pemimpin yang bercakap bohong dan orang miskin yang sombong. Bagi seseorang yang telah terjerumus ke lembah dosa dan noda maka hendaklah dia segera bertaubat agar dosanya diampunkan oleh Allah. Siksaan di akhirat adalah amat pedih. Oleh itu selagi hayat dikandung badan, pergunakanlah masa sepenuhnya untuk membanyakkan amal ibadat agar kehidupan di dunia dan akhirat mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t. 

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiga Golongan manusia yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka di hari kiamat, tidak menganggap mereka sebagai orang yang bersih, tidak melihat kepada mereka, dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dengan azab yang sangat pedih. Mereka ialah orang tua yang berzina, raja atau pemimpin yang suka berbohong dan orang miskin yang sombong”. H.R. Muslim
http://www.frekuensikaya.com/

Harta Perlu untuk Menegakkan Urusan Agama dan Urusan Dunia

Mengapa kita harus kaya? Berdasarkan hadis Rasululullah s.a.w. “Pada akhir zaman kelak, manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya.” H.R. At-Thabrani
Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka tetapi mesti dalam batasan syariah yang dibenarkan. Kedhaifan ekonomi umat Islam sebahagiannya adalah berpunca daripada kegagalan mereka memahami dan mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Harta bukanlah untuk tujuan keduniaan semata-mata tetapi termasuk juga untuk melaksanakan ibadat. Contohnya untuk menunaikan ibadah haji, umat Islam memerlukan wang dan bekalan yang mencukupi bagi menampung kos dan perbelanjaan. Untuk mengerjakan solat, kita boleh melakukannya di tengah padang, masih lagi sah, tetapi kita memerlukan tempat perlindungan dari hujan dan panas terik. Oleh itu kita memerlukan tempat yang selesa seperti surau atau masjid.
Adalah penting untuk umat Islam menguasai semua peringkat kegiatan ekonomi seperti menjadi pembekal, pengusaha dan pemasar dalam sesebuah industri di mana selain daripada dapat mengelak ia dimanipulasi dan ditindas oleh orang lain, mereka juga dapat menyediakan makanan halal, yang tiada subhah. Ini dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi umat Islam secara keseluruhannya. Hal ini juga termasuk dalam konteks jihad yang dituntut oleh agama.
Sikap mengabaikan keperluan ekonomi di dunia akan melemahkan kedudukan serta martabat orang Islam itu sendiri. Dalam masa yang sama ia memudahkan umat Islam dieksploitasikan oleh orang lain.

Oleh kerana kita disuruh untuk berusaha dan mencapai kejayaan “di dunia dan di akhirat,” dalam buku ini saya akan memberikan sebanyak mungkin garis-panduan, tips dan langkah-langkah bagi membantu anda untuk berjaya. Kejayaan yang dimaksudkan ialah untuk menjadi orang yang senang atau berjaya dari segi kewangan dan kehidupan di dunia dan kejayaan ini di ikuti dengan kejayaan yang mendapat keredhaan Allah di akhirat InsyaAllah, berdasarkan garis panduan menurut al-Quran dan hadis.
http://www.frekuensikaya.com/

BAB 1 : MENGAPA PERLU KAYA

Masyarakat kita seringkali menganggap negatif terhadap orang kaya dan mencemburui orang kaya. Mungkin juga mereka melihat segelintir orang kaya yang berkelakuan tidak baik, sombong atau tidak mengendahkan orang miskin. Ibarat ada pemisah antara orang kaya dan miskin. Walhal dalam Islam, antara miskin dan kaya itu patut bantu-membantu dan saling memerlukan. Contohnya orang kaya memerlukan tukang membaiki paip di rumahnya yang sudah rosak, atau kerja-kerja buruh yang perlu dilakukan. Sebaliknya orang miskin perlukan orang kaya untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan, membina masjid, memberi sumbangan untuk membiayai kos pembangunan dan sebagainya.

Dalam bab berikut ini kita akan melihat satu-persatu aspek kaya-miskin dan mengapa kita perlu kaya menurut pandangan Islam dan melihat kepada realiti kehidupan itu sendiri.

Jangan Jadi Mereka yang Terbuang
Berita ini telah disiarkan dalam BH pada 23 Mei, 2010, iaitu 489 kes orang yang dihantar ke HKL tetapi tidak dijemput oleh keluarga atau anak selepas mereka sembuh.  Kes ini adalah satu fenomena baru dalam masalah sosial yang antara faktor penyebabnya ialah kemiskinan, sama ada berpunca daripada anak,  keluarga atau pesakit itu sendiri. Jika diteliti, kemiskinan menyebabkan orang benci kepada kita kerana terpaksa menagih simpati dan belas kasihan orang lain untuk survival kita. Sebaliknya jika 489 orang yang terlantar ini adalah orang yang berada atau kaya, InsyaAllah perkara ini tidak mungkin berlaku kerana mereka boleh berdikari.



Memberi Makan Kepada Orang Miskin
Islam memandang tinggi kepada orang yang rajin memberi makan kepada orang miskin.
Abdullah Ibnu Umar r.a. menceritakan bahawa seorang lelaki berkata kepada nabi s.a.w.: “Manakah amalan Islam yang paling baik? Nabi menjawab; “Engkau memberikan makanan kepada orang-orang miskin dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang telah engkau kenal dan kepada orang yang belum engkau kenal.” (H.R. Bukhari dan Muslim )
Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa sebaik-baik amalan dalam syariat Islam ialah memberi makan dan bermurah hati kepada fakir miskin sama ada dengan cara menjamu mereka atau sebagainya. Dalam hal memberi makan ini, adalah dilarang memilih-milih untuk memberi makan kepada orang yang berada sahaja dan meninggalkan yang miskin kerana orang yang miskin adalah lebih berhajat kepada makanan. Di samping itu, sekiranya kita tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan, bagaimana kita boleh melaksanakan tanggungjawab ini?

Allah Menyukai Mukmin yang Kuat
Dalam hadis yang berikut ini dijelaskan mengapa Islam menitikberatkan soal kekuatan Mukmin. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah.” H.R. Muslim
Kemiskinan Membawa Kepada Kekufuran
Takdir yang ditentukan Allah terhadap hamba-Nya tidak sama, sesetengahnya di luar kehendak hamba itu sendiri. Ada yang dapat memiliki rumah bagai istana, berpangkat tinggi serta dapat menikmati makanan yang enak-enak dan ada juga yang hanya duduk di pondok usang dan makan sekadar untuk mengalas perut. Namun Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Jika seseorang itu dapat menghadapi setiap ujian dan takdir Allah itu dengan redha, berharap dan takut pada kemurkaan-Nya, tentulah setiap takdir itu akan menguntungkannya. Jika dikurniakan kekayaan, maka dengan kekayaan itu dia dapat membantu orang yang susah, anak-anak yatim, fakir miskin serta melakukan lain-lain kebajikan sehingga ia menjadi lebih hampir kepada Allah dan mendapat rahmat serta kasih sayang-Nya. Sebaliknya jika ditakdirkan menerima nasib yang kurang baik seperti miskin dan sebagainya, tetapi dia sanggup bersabar di samping berusaha, maka Allah akan membalasnya dengan seribu rahmat. Inilah yang dikatakan Rahmat dari Allah, iaitu setiap yang Allah anugerahkan kepada kita ada rahmat dan  kelebihannya.

Oleh kerana Allah telah memberikan kita akal fikiran dan dan meneliti hadis berikut ini, Kita hendaklah berusaha untuk tidak menjadi miskin kerana barangkali ini boleh membawa kepada kekufuran (nauzubillah) oleh kerana terdesak untuk mencari makanan, keperluan atau sebagainya. Kalau dilihat suasana hari ini, kita lihat perkara ini pernah terjadi di kalangan pembantu rumah yang datang dari Negara luar kerana terpaksa bekerja dengan orang yang bukan Islam dan ini menjejaskan akidahnya sekiranya tidak dibenarkan solat, beramal dan sebagainya. Bukan hanya tidak bersolat, malah kehidupan hariannya telah terikut-ikut dengan majikannya seperti berseluar pendek, makan dan minum barang yang haram, melakukan persetubuhan haram dan sebagainya. Dari segi kebersihan juga ada syak kerana di rumah majikannya terdapat anjing dan benda-benda yang haram. Jadi, bagaimanakah seseorang itu boleh beribadat dengan  tenang sekiranya terdapat syubhah dan perkara yang diharamkan dalam rumah itu. Adalah diharapkan perkara ini dapat dijauhi kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya: “Kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qadha’ dan qadar.” H.R. Abu Naim

Memberi Nafkah Untuk Orang Miskin
Orang Islam tidak seharusnya mengabaikan tuntutan untuk membantu orang yang miskin yang tidak berkemampuan. Dari segi ganjaran pun ia adalah sama dengan pahala orang yang berjuang fi sabilillah. Untuk membolehkan seseorang membantu orang miskin, mereka hendaklah terlebih dahulu digolongkan orang yang berada atau mempunyai sesuatu untuk diberi, lebih labih lagi orang yang kaya kerana sudah tentu mereka mampu memberi yang banyak.
“Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.” Al-Israk 26.
Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w. sabdanya yang bermaksud:”Orang-orang yang berusaha mencari nafkah untuk perempuan-perempuan yang tidak (belum) bersuami dan untuk orang-orang miskin, sama dengan orang-orang yang berjuang fi sabilillah.”  H.R. Muslim
Sebaik-Baik Nafkah
Nafkah mendapat kedudukan yang istimewa dalam Islam. Orang yang memberi nafkhah diberi pahala yang amat besar, ibarat sebutir benih mencambahkan 700 buah.

Firman Allah yang maksudnya: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah! Allah akan melipatgandakan pahala (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi meliputi ilmu pengetahun-Nya.”Al-Baqarah:261
Walau bagaimanapun, keadaan ekonomilah yang menentukan seseorang itu boleh memberi nafkah. Keadaan ekonomi membolehkan seseorang untuk menanggung keperluan hidupnya, bahkan ibadat-ibadat seperti haji dan zakat perlu dilakukan dengan menggunakan harta. Sedekah juga memerlukan harta. Membuat kebajikan seperti mendirikan masjid, hospital, sekolah dan lain-lain juga memerlukan harta. Oleh kerana besarnya peranan harta kepada kehidupan manusia, maka kebanyakan daripada aktiviti manusia berkisar pada soal harta atau ekonomi.Orang yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t. tidak harus bersikap tamak dalam mengumpulkan harta tetapi hendaklah membelanjakannya ke jalan Allah dan yakin dengan janji Allah tentang rezekinya. Sejarah banyak menceritakan tentang sikap orang-orang beriman terhadap harta. Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. contohnya, menyumbangkan kesemua hartanya untuk jihad fi-sabilillah, tidak ada satu dirham pun disimpannya. Apabila Rasulullah s.a.w. bertanyakan kepadanya mengapakah tidak ditinggalkan sedikit untuk menguruskan keperluannya, beliau menjawab, “Cukuplah Allah dan Rasulullah bagiku.”
Abdul Rahman bin Auf yang terkenal dengan kekayaannya, mencari harta bukan untuk kepentingan dirinya tetapi untuk kegunaan menyebarkan agama Allah s.w.t. Salman al-Farisi ketika memegang jawatan amir, tidak mengambil gajinya, sebaliknya beliau menganyam daun kurma untuk dijadikan bakul dan tikar. Hasil anyamannya dijual dan apa yang diperolehinya dibahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian sebagai modal pusingan, satu bahagian sebagai belanja ahli rumahnya dan satu bahagian lagi disedekahkan kepada golongan miskin. Oleh itu sesiapa yang menguruskan harta perlulah menjalankan amanah Allah s.w.t. dan menafkahkannya atas dasar kehambaan kepada-Nya dengan sebaik mungkin.
Dari Tsauban r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:”Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan oleh seseorang ialah yang dinafkahkannya untuk keluarganya untuk ternakan yang dipeliharanya, untuk kepentingan membela agama Allah (fi sabilillah) dan nafkah untuk para sahabatnya yang berperang fi sabilillah.” H.R. Muslim

Keperluan Untuk Mendirikan masjid
Ganjaran menghadirkan diri ke masjid seperti hadis di bawah adalah sangat besar sehingga dianugerahi tempat di syurga.

Diriwayatakan daripada Abu Hurairah r.a., dari nabi s.a.w., baginda bersabda: “Sesiapa yang pergi ke masjid pagi atau petang nescaya disediakan Allah tempat baginya di syurga, setiap kali dia pergi pagi atau petang.” H.R. Bukhari
http://www.frekuensikaya.com/

Friday, March 18, 2011

Kaya Menuju Allah

Sebagai manusia yang keinginannya kepada akhirat melebihi dunia, adalah penting untuk dimengerti apa tujuan kaya dan hendaklah dipastikan kekayaan itu sentiasa dihubungkan dengan keredhaan Allah. Jangan sampai kita kepada dunia secara berlebihan tetapi hendaklah kita selalu berwaspada agar tidak terpesong dari landasan iman. Buku ini memberi panduan bagaimana untuk menghubungkan kekayaan kita dengan apa yang diredhai Allah.
Semoga buku ini menjadi tatapan dan inspirasi untuk menangani liku-liku kehidupan.

Untuk mendapatkan sebahagian ebook percuma sila klik link di bawah ini: