Saturday, March 31, 2012

Tuesday, March 20, 2012

Produk Baru Dari Dr Irfan Khairi

Pada 18 Mac, 12 satu misi perdagangan Produk Halalan Thoyiban IMP telah diadakan di Medan yang dianjurkan bersama dengan MUI. Seramai 12 syarikat telah menyusun strategi untuk memasarkan produk mereka ke seluruh Indonesia. Pertemuan dengan ratusan bakal pengimport Indonesia Ini InsyaAllah akan diikuti dengan pengeluaran produk sendiri oleh pengusaha di Indonesia bersama IMP dengan syarikat induknya PT Sidratul Malindo.
Dalam kesempatan tersebut sebuah syarikat yang terkenal IKSB juga mengambil kesempatan untuk memasuki pasaran ini iaitu oleh pemiliknya yang tak asing lagi di kalangan online marketers iaitu Dr Irfan Khairi.
Dalam program tersebut juga Bupati Erry dari Serdang Berdagai telah menemui kumpulan pengusaha dari Malaysia ini dan mencadangkan untuk turut serta dalam program di Serdang Berdagai pada 28 April - 5 Mei 12, yang dianjurkan bersama MUI.