Friday, August 10, 2012


Liked · 26 July 


BERANI KAYA :
RAHSIA PRAKTIS MENJADI KAYA

Sekalung Tahniah diucapkan pada sahabat saya Dato Stapa yg. telah berjaya menerbitkan Buku yang sangat Menarik bertajuk 'BERANI KAYA'


Mengenali beliau sejak belum Kaya lagi. Bersama isterinya Dato Azlina. Melìhatkan kegigihan mereka berdua yg. tak pernah mengenal erti jemu. Putus asa. Saya rasa bangga menjadi 'Mentor' mereka berdua 10 tahun dulu. Mereka adalah 'Mentee' saya yg. Bagus. Rajin dan amat Berjaya. Rasa bangga dan amat bersyukur.

Apabila Dato Stapa meminta saya menulis Testimonial utk. bukunya. Terpukau dan kagum membaca isi kandungannya yg. Padat dgn. Rahsia. Petua. Semangat yg. Lahir dari Pengalaman insan yg. Bertarung dgn. Kemiskinan tapi berazam utk. Berani jadi Kaya.

Sungguh hebat menu yg. dihidangkan dalam Berani Kaya ni. Indahnya Kaya. Mimpi KAYA. Kerja Kaya. Raksaksa kaya. Merayulah dengan Tuhan jika Mahu Kaya.

Segalanya memaparkan bagaimana strategi 'sebenar yang Praktikal Tok Stapa membina kekayaannya. Dan Memperbagai Kekayaannya.

Ucapkan Selamat Tinggal kepada Putaran Ganas Kemiskinan' amat menyayat hati saya. Kata Stapa. ‘Saya tidak mewarisi apa2 harta daripada keluarga yg. memang tiada apa2. Namun Saya Tidak Pernah Merasa Kesal dan Menangis kerananya. Sebaliknya situasi itu menjadi kuasa yang luarbiasa pada ku untuk bangun dan keluar dari Putaran Ganas Kemiskinan. Saya Tidak Rela mewarisi Putaran Ganas Kemiskinan kepada Anak Cucu Cicit saya' itulah sumpah Stapa!

Seru nya lagi. 'Kemiskinan Bukan satu warisan. Sebab itulah Putaran Kemiskinan 'Tidak Harus' diwariskan lagi kepada anak cucu kita. Pusaka, yakni putaran Ganas Kemiskinan ini akan 'Mudah' diwarisi tanpa luak sedikit pun, meskipun 'Berkongsi dengan ramai Pewaris. Lebih ganas lagi , apabila ianya diwarisi sehingga turun temurun. Oleh itu, SERUAN pada anda yang 'Belum' Kaya. Ayuh, keluarlah daripada Putaran Ganas Kemiskinan ini!

Wahai Sahabat. Dunia ini tidak menjanjikan apa2 Kekayaan kepada kita , tetapi dunia ini memberi peluang kepada kita utk. Menjadi Kaya, Berjaya . Bahagia. Naskah 'Berani Kaya' ini tidak menjanjikan apa2 Kekayaan . Tetapi memberi Peluang dan Menunjuk Jalan kepada Sesiapa saja untuk Mencapai Kekayaan!

Manusia yang Gagal dan Terus Miskin, Lantaran Memakai 'Pakaian Takut' dan Berselimut dengan 'Selimut Rendah Diri' Hilangnya Keyakinan dan Hormat Diri'.

Tok Stapa, sekalung Tahniah, Syabas. Syukur! Semoga akan lahirlah lebih ramai Warisan Kita yang 'Lebih Berani dan Tabah Mencipta Kekayaan dan Kebahagian Abadi! - Datuk Maznah Hamid